KPR3012

KPR3012
cikgu ros

Friday, May 22, 2015

PENGLIBATAN SEPANJANG BERADA DI SMK SERI BEDENA SUNGAI BESAR, SELANGOR








Gambar di atas merupakan penglibatan saya yang pertama pada minggu pertama saya berpraktikum. Saya dan lima orang rakan praktikum yang lain dipertanggungjawabkan untuk membimbing seramai tujuh orang murid untuk menghasilkan satu inovasi baru. Inovasi yang telah dicetus oleh kami ialah penghasilan barangan kraf tangan dan barang mainan daripada banner-banner yang terbuang. Alhamdulillah setelah bertanding kami mendapat tempat ketujuh daripada 14 buah sekolah yang bertanding. Pencapaian ini amat membanggakan kami kerana kami berjaya menghasilkan inovasi yang menarik dan mendapat pengalaman yang menggembirakan.





Program Sambutan Hari Raya Guru dan Murid. Saya bertugas sebagai AJK persiapan tempat. Program ini dapat menjalinkan silaturrahim antara guru dengan murid. Saya juga bertugas untuk melayani anak murid yang datang ke gerai makanan saya.









Program ini merupakan program sempena bulan Kemerdekaan. Saya dan rakan praktikum bermalam di sekolah selama 2 hari dan bertugas sebagai Kem Komandan dan penolong. Saya ditugaskan untuk memantau murid dan memastikan murid dapat melaksanakan aktiviti tanpa sebarang masalah. Saya mewakili Persatuan Puteri Islam Malaysia sebagai guru penasihat.






Pada kali ini saya menjadi guru pengiring bersama rakan praktikum yang lain bagi Program 10,000 Langkah yang bertemapat di Sekolah Menengah Kebangsaan Bagan Terap, Selangor. Kami membawa murid serami 40 orang untuk menyertai larian Amal ini. Saya tidak terkecuali menyertai program ini. 








Majlis perpisahan ini diadakan bagi meraikan kami yang menamatkan praktikum kami pada hari tersebut. Guru-guru menyediakan jamuan yang enak untuk kami rakan praktikum. kami amat menghargainya.



No comments:

Post a Comment